Tick Tock Tick Tock

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 21, 2014

Bismillahirahmanirrahim

Baca doa.
Sebelum nak mulakan apa2 pun.

Contohnya, esok aku ada interview.
Baca lah doa sebelum mula.
Sebelum masuk ofis tu.
Sebelum memulakan sesi interview.

Haish nervousnya.
Aku takut nak menghadapi interview.

What questions will they ask me?
What should I wear?
What should I ask them?
Should I put make up on?

Anyway, esok adalah hari berkabung Malaysia.
Untuk mengingati mh17.

So dah boleh lah mula cari baju hitam.
Atleast untuk aku lah. Yg bersemangat lebih nie. Hihi

You aren't part of it, but if you are a true Malaysian, or atleast a human, you'll be part of it.

Faham tak? Haaa tak paham kan?
Kikiki. Pepandai lah pikir.

Sekian, kbai

Takut.

Tiba2. Secara tiba tiba aku jadi takut.
Bila berbualkan tentang perkahwinan.
Sedangkan aku yang heboh nak kahwin cepat.
Tak sabar lah. Itulah. Inilah.

Tapi bila perbualan jadi serious, aku takut.
Tentang masa depan nie kita pikirkan.
Nasib yang menunggu.
Sama ada baik. Ataupun kurang baik.

Bukan aku tak bersyukur,
Tapi lebih kepada aku takut.
Takut aku yg belum bersedia.
Takut aku yang kecut perut di kendian hari.

Apa ada untuk masa depan ku.
Apa ada dalam kehidupan berkeluarga ku.
Apa bakal aku hadapi nanti.
Apa halangan dan rintangan yang menanti.

Belum kahwin pun sudah banyak yang diragui.
Apatah lagi lepas kahwin nanti.
Dengan siapa aku berbual. Itu semua harus berjaga jaga.
Jangan engkau berlawak lagi. Takut pula disalah anggap nanti.

Ahhh banyaknya pantang larang.
Tapi pantang larang itu bagus.
Kehendak orang boleh kita ikutkan.
Melainkan kita sudah betul yakin.

Jawapan pasti mestilah samar.
Jawapan samar mestilah pasti.

Kalau betul akan berlaku, aku betul berharapkan yg baik2 sahaja.
Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Sekian, kbai.

Wednesday, August 20, 2014

Tazzabar

Ada dua benda buat aku tak sabar menunggu hari nie.

Kakak ku pulang dari kota.
Bachelorrette partay kawan aku next week.

De-stress moment at its best.

Weehuuu. 

A bitch gotta do, what a bitch gotta do bitches.

HIHIHIHIHIHIHIHI

Sekian, kbai.

Sebenarnya senang.

Sebenarnya, sama je weh.
Lepas dah buat research.
I mean not really the same but it's actually quite easy.

Once we understand each other, it is easy peasy.

I've read these two write ups.

Nak dibandingkan, sebenarnya sama sahaja kehendak masing2.
Tapi aku percaya komitmen wanita lebih tinggi daripada lelaki.
Dan aku pernah dengar bahawa lelaki inI bukan multi-tasker,
Tapi sorry aku lupa dengar dekat mana. Hihi

Perempuan komitmen nya lagi tinggi sebab...
Dia boleh fokes pada dua tiga benda satu masa.
Contohnya.....
Jahit, reply whatsapp, tengok youtube and makan.

Tapi kalau laki pulak.
Contohnya.......
Lepak dan tak boleh reply whatsapp whichhhh is actually not a problem. At all.
Tapi kalau tak bgtahu dulu apa2 itu lah masalah dia.
Dah kurang satu kat situ. Pffttt..

I guess thats what some people said.
If you're not giving any commitment or wouldn't want to be committed, simple.
Just NEVER getting into any. Right?

If and only if my opinion is wrong, prove to me and don't just assume that I like being right at all times.
.sebab...semorang tak perfek bro.

Sekian, kbai.

p/s : baca lah dua write up ntah dari siapa2 tah nie dan decide sendiri k?

Tuesday, August 19, 2014

Durian.

Orang tua tua kata mengidam untuk orang mengandung je.

Ahh, aku tak percaya ah.

Dah tu kenapa aku boleh ngidam untuk makan durian?
Macam bukan musim.
Susah weh nak cari durian bukan musim.
Kalau ada pun cinonet dan mahal.

Tapi sebab aku ada kawan2 yang gagah dan kental, kitorang berjaya. Hilangkan rasa ngidam tu.
Biasa lah pembawakan hormon.

Eh, durian sedap hokkay.

Siapa tak makan dia rugi.
Siapa tak makan jangan kawan dia.
Siapa tak makan dia acah acah lupa asal usul.

Ahaks ha'ah aku dengki. Biarlah.

Atleast durian dan kawan kawan membantu masalah kesunyian itu.

Sekian, kbai.

Monday, August 18, 2014

Siapa weh.

Pagi tadi.

Aku tak sure aku mimpi
Atau memang terjadi
Atau perasaan aku je.

Masa aku tengah tidur, aku rasa macam ada org tarik ibu jari kaki aku.
Dalam hati aku pikir terlanggar kaki kakak aku kt sebelah.
Tapi kuat jugak sampai aku terbangun.

Lepas bangun, pandang sekeliling.
Akibat mamai malas nak pikir tidur balik.
Sebelum tidur tengok jam nak tahu jugak pukul berapa.

Pukul 3.06 minit pagi.
Waktu selalu mimpi itu akan menjadi kenyataan.
Waktu hantu berkeliaran.
Waktu kita terbangun dari tidur sbb dikejutkan hantu.

Ahaks. Ketawa kecil dalam hati jap.
Takut please nak tidur malam nie.

Hmmmmm. Sekian, kbai.

Bergaduh.

Orang kata bergaduh tu tandanya sayang.
Orang kata marah tu tandanya sayang.

Tapi bagi aku, aku bergaduh untuk dapatkan perhatian.
Kadang kadang aku kesiankan diri aku.
Siapa aku nie dalam hati kau kerana aku perlu bergaduh untuk dapatkan perhatian daripada kau.

Tapi kadang2 aku ada pikir.
Buat apa dapatkan perhatian daripada kau.
Buat apa tunggukan perhatian daripada kau lagi.
Sedangkan aku berkemungkinan dapatkan perhatian yg lebih padu daripada orang lain.

Ya, mungkin itu benar. Perhatian boleh dibeli.
Dan bukan kerana riak, tapi aku tahu aku mampu dapatkan satu.
Tapi bukan daripada kau.

Tapi aku selalu berpikir jugak.
Kenapa bukan daripada kau?
Sedangkan kau yang aku kejarkan.
Kau yang aku mahukan.

But then again, you always took me for granted.

Nak kata usaha, aku dah cuba.
Nak kata sabar, aku dah buat.
Nak kata sayang, aku sentiasa ada.
Tapi tu ahhhh...long distance. Payah.

Apa yang dibuat selalu tak kena.
.kita kata ahhh, dia kata ehhh.
Kita kata jangan, dia tanya kenapa.
Kita kata boleh, dia kata takyah.
Kita kata takpe, dia kata sudahlah.

Semua tak kena, kan?

Payah nya untuk ada dalam relationship.

Lebih2 lagi jarak jauh.
Lebih2 lagi jarak umur.
Lebih2 lagi usia perhubungan.

Kalau matlamat dia satu, aku sanggup berkorban dan tunggu lagi.
.Tapi kalau matlamatnya masih pudar, izinkan aku undur diri.

Kau carilah yang lebih baik.
Aku cari yang mampu menjaga.
Seorang gemok yang egois, besar kepala dan sentiasa nak menang.

Kalau ada yang mampu. Aku berjanji, engkaulah yang terakhir :)

Sekian, kbai.